Naz

KUALA LUMPUR – Tragedi kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur yang meragut 23 nyawa pada awal pagi semalam menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Punca sebenar kebakaran masih lagi belum diketahui dan siasatan terperinci sedang giat dijalankan.

Namun tindakan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod mengeluarkan kenyataan yang mengatakan mangsa mati syahid telah membuatkan netizen tidak berpuas hati.

Antara yang tidak setuju dengan kenyataan tersebut adalah pengacara, Nazrudin Rahman atau lebih dikenali sebagai Naz.

Dia lihat agak emosi mereka komen di laman sosial Twitter miliknya.

Naz menyifatkan insiden itu berlaku kerana kecuaian pihak pengurusan tahfiz itu yang mengabaikan sistem pendawaian elektrik.

Malah Naz mahu Muhammad Zahid dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dan adalah satu yang malang jika pengetua tersebut terlepas daripada undang-undang. – MalaysiaGazette