Antara bekas gam yang dipercayai ditinggalkan di dalam kereta lusuh ketika tinjauan Lensa MalaysiaGazette di sekitar tasik bersebelahan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Kereta lusuh berwarna merah telah lama tersadai di kawasan letak kereta tasik rekreasi di belakang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dibakar Khamis lalu.

Cermin depan kenderaan itu telah pecah. Keadaan di dalamnya sarat dengan sampah sarap termasuk tin-tin gam yang ditinggalkan penagih selepas melepaskan gian mereka.

Kereta lusuh yang dipercayai dijadikan tempat untuk menghisap gam ketika tinjauan Lensa MalaysiaGazette di sekitar tasik bersebelahan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2017

Kereta tersebut dikatakan menjadi ‘port’ remaja menghisap dadah.

Pengawal keselamatan di tasik rekreasi itu Hamat Zahidin, 45, yang membawa wartawan dan jurugambar MalaysiaGazette ke tempat letak kenderaan itu memberitahu, suspek yang membakar pusat tahfiz sehingga mengorbankan 23 nyawa itu juga sering melepak dan menghisap dadah di situ.

Keadaan di dalam kereta lusuh yang dijadikan tempat melepaskan gian ketika tinjauan Lensa MalaysiaGazette di sekitar tasik bersebelahan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2017

Beliau yang ternyata rungsing dengan apa yang terjadi meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan mengalihkan ‘port’ penagih itu sebelum keadaan menjadi lebih parah.

“Ada sebuah kereta lama yang ditinggalkan, situ tempat mereka ini sering hisap dadah cuma bila mereka nampak saya mereka akan cuba sembunyikan barang yang mereka hisap.

Antara bekas gam yang dipercayai ditinggalkan di dalam kereta lusuh ketika tinjauan Lensa MalaysiaGazette di sekitar tasik bersebelahan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2017

“Saya harap kereta itu dialih bagi mengelak ia menjadi sarang remaja menghisap dadah,” katanya.

Semalam tujuh remaja direman disyaki terlibat membakar Darul Quran Ittifaqiyah dan enam daripada mereka positif dadah. – MalaysiaGazette