Home Ekonomi 11 lagi syarikat tidak dapat kelulusan BNM

11 lagi syarikat tidak dapat kelulusan BNM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 lagi syarikat disenaraikan kerana tidak dibenar atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan oleh Bank Negara Malaysia.

Syarikat-syarikat itu ialah Ezy Save Trading, V Sim Marketing, V Save FX Trading, Smarthink Trading, Strategic Solution (Golden Group International Limited), CryptoDaily Investment Packages, Jutawan Apps, Jalur Gemilang Maju Enterprise, Gemilang Jalur Pintar Enterprise, Applikasi Duit dan Asset Growth Solution Enterprise.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan syarikat yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 405. – MalaysiaGazette