Michael Carrick

MANCHESTER – Pengurus Jose Mourinho tampil mendedahkan kenapa kapten United, Michael Carrick masih tidak berjaya menembusi kesebelasan utama Manchester United setakat ini dalam musim baharu.

“Romero telah bermain pada final Liga Europa yang merupakan perlawanan penentu untuk musim kami, tetapi dia tidak bermain sekarang.

“Herrera adalah pemain kami musim ini dan dia juga tidak memulakan perlawanan. Anda tahu, itu adalah hidup di kelab besar,” katanya kepada MUTV.

Pengendali yang berasal dari Portugal berkata, United memberi Carrick kontrak kerana berpendapat dia adalah pemain yang hebat dan penting.

“Carrick dalam satu pasukan di mana saya fikir, pada masa yang sama, Matic dan Fellaini berada dalam bentuk terbaik yang pernah saya lihat.

“Saya tidak pernah melihat Matic bermain dengan baik. Saya tidak pernah melihat Fellaini bermain dengan baik.” – MalaysiaGazette