Alexis Sachez

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Jose Mourinho mahu mendapatkan khidmat Alexis Sanchez yang kini turut diburu jirannya, Manchester City.

Mourinho dikatakan berbelanja £25 juta untuk menandatangani penyerang Arsenal itu.

Sanchez tidak boleh menandatangani pra kontrak dengan Red Devils sehingga 2018 memandangkan ia adalah penghijrahan dalaman antara dua kelab dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun difahamkan perjanjian sudah tersedia untuk dimuktamadkan.

Pengurus City, Pep Guardiola turut mengintai untuk mengikat pemain antarabangsa Chile itu.

Bagaimanapun tawaran £60 juta City terhadap pemain itu ditolak oleh Arsenal.

Bintang Chile berusia 28 tahun itu mahu meninggalkan Emirates dan City tetapi penasihatnya mencadangkan United sebagai destinasi baharu.

Ramai penyokong City terkejut dengan usaha Guardiola untuk membawa Sanchez ke kelab itu musim ini, bermakna salah seorang penyerang sedia ada Sergio Aguero atau Gabriel Jesus perlu digugurkan daripada kesebelasan utama.

Keserasian pemain itu di atas padang dalam lima perlawanan lalu akan menentukan sama ada City perlu meneruskan pemburuan Sanchez atau tidak. – MalaysiaGazette