Fathia Latiff bersama Michael Ang

KUALA LUMPUR – Pengarah drama bersiri, Michael Ang baru-baru ini menegur pelakon Fathia Latiff kerana penampilannya yang terlebih seksi dalam Bigo Live yang tular sejak Jumaat lalu.

Michael yang ditunjukkan video tular itu mengeluarkan beberapa kenyataan antaranya: “Masa berlakon tak nak pegang tangan, tapi menari tunjuk *****.”

Hari ini Fathia muncul di set pengambaran Michael dan kemunculan itu dipaparkan menerusi Instagram pengarah itu.

“Ok jumpa makcik ni kat set! Ok dia dah mengaku n rasa bersalah dan ingin memperbaiki diri! Kita maafkan and berdoa kan untuk dia agar benda2 bodoh ni tak terjadi lagi! #staystrong#everyonemakemistake#atleastmengakudarilari @fatiyalatiff stay strong aje la n jgn buat benda bodoh lagi,” tulis Michael.

Fathia sebelum ini menafikan dirinya terlibat dalam video Bigo Live tersebut.

Namun, pelakon ini akhirnya tampil membuat pengakuan pada Selasa bahawa dialah wanita menari seksi di dalam video tersebut selain membuat permohonan maaf. – MalaysiaGazette