Home Dunia Puerto Rico bergelap selepas Taufan Maria

Puerto Rico bergelap selepas Taufan Maria

Salah satu kawasan kediaman yang musnah di Puerto Rico selepas dilanda Taufan Maria. foto Agensi

PUERTO RICO – Taufan Maria yang ‘menggempur’ pulau ini menyebabkan seluruh penduduknya yang seramai 3.5 juta terpaksa tinggal dalam gelap kerana gangguan bekalan elektrik.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, bencana itu telah menyebabkan pulau tersebut terjejas sama sekali.

Bagaimanapun, taufan berkenaan sudah mula berlalu dari Puerto Rico dan kini berada dalam kategori kedua.

“Apabila kami dapat keluar dari kediaman masing-masing, kami mendapati pulau ini musnah.

“Taufan ini menjejaskan semua sistem yang dilaluinya, kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Alam, Abner Gomez.

Gabenor Wilayah Amerika Syarikat, Ricardo Rosello telah mengeluarkan perintah berkurung pada hari Sabtu hingga awal Sabtu.

Terdahulu, Rossello meminta Presiden Donald Trump mengisytiharkan pulau itu sebagai kawasan bencana selepas Taufan Maria yang melanda mengakibatkan banjir dan angin yang mengancam nyawa.

Beliau berkata, kerosakan utama tidak dapat dielakkan, walaupun 500 tempat perlindungan telah diwujudkan untuk melindungi rakyat.

Ribut yang dahsyat itu telah menyebabkan tujuh orang mati di pulau Dominika – lokasi yang paling teruk terjejas pada hari Isnin. – MalaysiaGazette