ALOR SETAR – Sebanyak 313 mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Titi Gajah di sini.

Laporan jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Star Kedah. foto IQBAL BASRI, 24 SEPTEMBER 2017

Jumlah tersebut meningkat jika dibandingkan semalam iaitu sebanyak 181 mangsa ditempatkan di situ.

Mangsa terdiri dari kanak-kanak, bayi dan orang dewasa dari kampung Alor Senjaya, Bohor, Titi Gajah, Alor Perang, Selarong Padang, Alor Melintang, Pulau Kerengga dan Anak Bukit. – MalaysiaGazette