Kedai dobi mesra muslim mencetuskan perdebatan.
MUAR – Tindakan sebuah dobi layan diri mesra Muslim di Muar, Johor yang mengehadkan pelanggannya kepada penganut Islam sahaja mencetuskan perdebatan.

Sinchew Daily melaporkan, dobi itu pada mulanya meletakkan papan tanda “untuk pelanggan beragama Islam sahaja” sebelum menukarnya kepada “mesra Muslim” dalam tempoh seminggu.

Dobi itu menerangkan tindakan tersebut adalah atas faktor kesucian.

Menurut peniaga di kawasan sama, dobi tersebut telah beroperasi lebih daripada setahun dan asalnya dikunjungi pelanggan pelbagai kaum, tetapi mula meletakkan tanda “untuk pelanggan beragama Islam sahaja” kira-kira sebulan lalu.

Pengusaha dobi menolak wawancara wartawan secara bersopan, tetapi mengajak pengamal media untuk membaca sebuah majalah Islam.

Pengusaha juga memberitahu bahawa dia tidak ingin membesar-besarkan hal itu.

Wartawan bagaimanapun difahamkan bahawa pengusaha bimbang pelanggan keturunan Cina mungkin mempunyai pakaian yang terlekat bulu anjing. – MalaysiaGazette

Comments are closed.