KUALA LUMPUR – Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) bekerjasama dengan AirAsia untuk menawarkan tiket pada harga diskaun RM48 sehala dan RM88 pergi-balik untuk tiket tren KLIA Ekspress bagi penumpang-penumpang AirAsia bermula 21 September lalu.

Menurut Ketua Komersial AirAsia Bhd., Spencer Lee, kerjasama eksklusif itu memudahkan lagi para penumpang masing-masing.

“Dengan kemudahan tempahan di laman web AirAsia serta tambang KLIA Ekspress yang telah diberi diskaun, para penumpang akan mengalami pengalaman yang menyeronokkan dan tidak menyusahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Para penumpang boleh membeli tiket tersebut menerusi airasia.com di bawah laman Uruskan Tempahan Saya.-MalaysiaGazette