Home Dunia Pemandu bas pengsan, 21 penumpang bas nyaris maut

Pemandu bas pengsan, 21 penumpang bas nyaris maut

Banjaran Tyrolean

VIENNA – Kira-kira 21 orang penumpang bas yang dalam perjalanan ke Banjaran Tyrolean, Austria nyaris terbunuh apabila pemandunya pengsan secara tiba-tiba.

Kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan di tebing jalan di banjaran tersebut.

Polis berkata, seorang penumpang Perancis yang kebetulan duduk di sebelah pemandu itu berjaya menekan brek ketika bas berkenaan menghampiri sebuah tebing yang curam.

Lelaki itu bertindak melompat dari tempat duduknya dan menekan brek bas ketika kenderaan tersebut merempuh halangan kayu di jalan raya.

Insiden itu menyebabkan bas yang penuh penumpang itu tergantung di tepi tebing.

Kejadian itu menyebabkan empat orang penumpang cedera dan dirawat di hospital.

Pemandu yang berusia 76 tahun itu dikatakan tiba-tiba tidak sihat ketika bas itu berada berhampiran Schwaz di barat Austria. – MalaysiaGazette