Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao. foto IQBAL BASRI, 30 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin NGO hari ini mahu kerajaan dan Perdana Menteri memanjangkan cuti umum bagi perayaan Hari Deepavali kepada dua hari iaitu pada 18 hingga 19 Oktober setiap tahun.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, sebagai perayaan yang ketiga terbesar di Malaysia, beliau meminta agar ia dapat diraikan di seluruh negara.

“Sebagai warga Malaysia kami juga ingin meraihkan perayaan kami bersama keluarga tersayang. Kami juga ada perasaan kasih sayang terhadap keluarga.

“Maka besarlah harapan kami untuk Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan cuti tambahan sempena Hari Deepavali kali ini. Kami kaum India amat berharap akan mendapat berita baik dari kerajaan Barisan Nasional,” katanya yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.

Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita. -MalaysiaGazette