Home Nasional Rakyat Sabah terima kehadiran Perkasa

Rakyat Sabah terima kehadiran Perkasa

Dr. Ibrahim (tengah) disambut barisan kepimpinan dan ahli Perkasa Sabah.

KUALA LUMPUR – Perjuangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkembang di Sabah dengan sembilan daripada 25 kawasan Parlimen sudah berdaftar.

Hari ini, Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim hadir merasmikan Persidangan Khas Tahunan Perkasa Parlimen Tuaran 2017 dengan dihadiri kira-kira 200 ahli.

Menurut Dr. Ibrahim, jumlah keahlian bagi satu kawasan Parlimen di Sabah dianggap menggalakkan memandangkan negeri itu mempunyai pelbagai kaum dan etnik.

Katanya, beliau berpuas hati dengan barisan kepimpinan dan ahli Perkasa Sabah memperjuangkan hak rakyat, di samping menjaga kebajikan penduduk.

Perasmian itu diadakan di Dewan Kampung Sedi Belud, Mengkabong dalam Parlimen Tuaran kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Perkasa Sabah, Datuk Rekan Husein; Timbalannya, Tuan Jeffrus Maimon; Ketua Wiranita Sabah, Massuziah Saibudin dan Sembilan Pengerusi dalam Parlimen Sabah.

Hadir sama, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) yang juga Pengerusi Cegah Lapor Rasuah (CLR) Perkasa, Shahiran Asemari. – MalaysiaGazette