Home Ekonomi Kelulusan pinjaman rumah masih tinggi – ABM

Kelulusan pinjaman rumah masih tinggi – ABM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar kelulusan pinjaman perumahan negara kekal tinggi pada 73 peratus bagi permohonan pada suku kedua 2017, kata Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM).

Statistik itu sekali gus menafikan dakwaan pembeli-pembeli rumah semakin sukar untuk mendapatkan pembiayaan dan tempoh kelulusan juga semakin panjang antara 60 hingga 90 hari.

Daripada jumlah itu, 72 peratus adalah para peminjam bagi pemilikan rumah pertama di bawah kategori rumah mampu milik.

ABM dalam kenyataannya berkata, bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, bank-bank komersial meluluskan lebih RM42.2 bilion dan mengagihkan kira-kira RM39.5 peratus pinjaman bagi pembelian hartanah kediaman.

Jelasnya, bank-bank mengambil masa antara dua hingga sembilan hari bekerja untuk melakukan proses permohonan pinjaman bagi dokumen yang lengkap dihantar oleh pemohon.

Bank-bank hanya mengambil masa satu atau dua hari untuk memaklumkan permohonan yang gagal.

ABM berkata, semua maklumat dan data statistik mengenai pinjaman rumah boleh dilayari di lamans sesawang www.housingwatch.my – MalaysiaGazette