China Press melaporkan, mangsa berumur 24 tahun telah disentuh oleh suspek sebanyak beberapa kali dan suspek kemudian juga merakamkan gambar dada mangsa.

Kelebihan Cina ialah mereka mempunyai buah fikiran, tetapi mereka tidak ada cara untuk melaksanakannya. Keistimewaan Cina pula ialah tidak berpijak pada bumi nyata.

Dalam soal kuota sebagai contoh, ada orang asyik meminta. Sayap wanita minta 30 peratus calon dalam pilihan raya, jawatankuasa pusat, malahan kerajaan meminta 30 peratus wanita dalam pengurusan syarikat.
Ada orang yang membantah, seperti juga mereka membantah sistem kuota dalam universiti kerajaan.
Pada satu ketika dahulu, universiti awam mengambil pelajar tanpa membezakan warna kulit. Anak Cina yang mempunyai keputusan yang cemerlang boleh memasuki universiti, kadar anak Cina di universiti awam dijangkakan mencapai 80 peratus pada masa itu.
Pintu universiti tiba-tiba ditutup di bawah Dasar Ekonomi Baru dan dijangkakan kadar pelajar Cina di univeristi tidak sampai 10 peratus.
Lee San Choon (Presiden MCA) membangkitkan formula kuota 55 peratus bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera. Cina dijangkakan mendapat 30 peratus dalam formula itu.
Isu itu meletup dan masyarakat Cina berkeras mahu sistem meritokrasi, tidak mahu sistem kuota. Mereka mengenangkan 80 peratus yang indah itu, tanpa menyedari bahawa mereka tidak berpijak pada bumi nyata.
Kadar pelajar Cina jatuh daripada 80 peratus kepada 30 peratus. Bagi Cina, ia satu penderhakaan oleh MCA.
Terdapat Majlis Perundingan Ekonomi pada 90-an dan majlis itu turut dianggotai Dong Jiao Zong yang memperjuangkan isu berkenaan tetapi gagal mencapai apa-apa. Berikutan daripadanya, pertubuhan itu keluar dari majlis dan mereka memilih mengadakan ceramah di seluruh negara. Ceramah itu sebenarnya syok sendiri.
Seorang wakil MCA menyindir, “mereka selalu marah MCA tak cukup keras, sekarang mereka sedar bahawa keras sahaja bukan jalan penyelesaiannya.”
Wakil MCA itu menyokong sistem kuota universiti. Bagi dia, kuota merupakan satu jaminan buat orang Cina. Pembatalan sistem kuota adalah membahayakan Cina.
Sistem kuota dibatalkan pada 2002. Berapakah kadar pelajar Cina di universiti awam sekarang? Ada yang menjawab 19 peratus.
Adakah sistem kuota itu satu “jaminan” atau “penderhakaan”? Kami sudah menerima petunjuknya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membatal sistem kuota dan meliberalisasi 27 bidang. Berikutan daripadanya, orang Cina memberi pengajaran kepada beliau melalui Pilihan Raya 2013.
Ia memerlukan kehendak politik yang kuat untuk membatalkan kuota.  Ada orang yang sanggup memberi sokongan supaya kuota berkenaan dimansuh, tetapi orang Cina pula yang menentang usaha berkenaan. Apa yang Cina mahu?
– Rencana oleh Zhang Mu Qing dalam China Press