Zamihan Mat Zin

KUALA LUMPUR – Polis menahan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Dr Zamihan Mat Zin susulan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Zamihan ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 3.50 petang tadi.

“Permohonan reman ke atas Zamihan (untuk membantu siasatan) akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata Zamihan disiasat di bawah akta itu selepas pihaknya menerima laporan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman.- BERNAMA

Comments are closed.