Kongsi
Upacara pengkebumian Kassim Ahmad sedang dijalankan

KUALA LUMPUR – Dilaporkan upacara pengkebumian bekas aktivis sosial dan politik, Dr Kassim Ahmad mencetuskan kontroversi apabila ada masjid yang menolak untuk menjalankan upacara berkenaaan pada Selasa lalu.

Menurut pelayar Facebook, Wan Kamarul Wan Amir, beliau mendakwa perkara itu berlaku setelah ada pihak pengurusan masjid yang menolak untuk menjalankan upacara itu pada malam kematian beliau.

“Ada masjid yang tak mahu terima. Ada badan pengurusan mayat yang tak mahu terima (jenazah Kassim Ahmad),” katanya dalam status Facebook beliau.

Pengkebumian Kassim Ahmad

Dalam pada itu, berdasarkan gambar yang dipaparkan Wan Kamarul menunjukkan beberapa sukarelawan Pas di masjid Kelang Lama Kulim berusaha menjalankan upacara pengkebumian Kassim Ahmad.

“Petugas Pas terima setelah rujuk nasihat dari Mufti Kedah (Datuk Syeikh Fadhil Awang). Seorang paderi kristian (turut) datang ziarah mayat di kubur. Katanya sahabat Kasim Ahmad. Paderi akan ambil alih pengurusan mayat kalau semua pihak tak mahu terima…,” tulis Wan Kamarul.

Seorang paderi yang didakwa mengaku rakan kepada Kassim turut hadir dalam upacara pengkebumian allahyaraham

Kassim meninggal dunia di Hospital Kulim pada pagi Selasa lalu.

Beliau yang dirawat di hospital itu sejak September lalu dilaporkan koma semalam selepas mengadu sukar bernafas. -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. “Paderi akan ambil alih pengurusan mayat kalau semua pihak tak mahu terima…,” tulis Wan Kamarul.” Ini fitnah terhadap Bishop tersebut. Beliau jiran Allahyarham di Pulau Pinang masa dahulu dan kenal famili, datang hanya untuk menunjukan sahabatan dan hormatan. Ini lah cara 1Malaysia!

    • Kalo mcm tue ia contoh yang baik patut diikuti. Bg satu ia bukan satu fitnah. Tetapi satu contoh yang bagus. Ramai akan tolak untuk bertanggungjawab. Hny yg ikhlas shj akan sanggup membantu. Dan kredit pada sukarelawan PAS juga kerana menunjukkan contoh yang terbaik.

  2. Kalau dah jelas sesat dan keluar dari islam serta tak mahu dengar ajaran , lantak dia lah sapa nak uruskan jenazahnya. Buangkan je kelaut r dlm hutang. Yg pas pi urus tu buat apa.

Tinggalkan Jawapan