Sempena Malaysia Autoshow 2017 yang akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 11 dan 12 November ini, turut diadakan festival muzik selama dua hari itu.

KUALA LUMPUR – Sempena Malaysia Autoshow 2017 yang akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 11 dan 12 November ini, turut diadakan festival muzik selama dua hari itu.

Apa yang menarik, Festival SoundValley 2017 ini bakal menggabungkan kumpulan antarabangsa dan tempatan.

Kumpulan indie rock yang tidak asing pada peringkat antarabangsa, Bloc Party dari United Kingdom akan muncul pada 11 November.

Turut memeriahkan pentas, kumpulan indie terkenal tempatan seperti kumpulan Hujan dan Bunkface yang juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana festival muzik ini.

Kumpulan daripada Indonesia yang kini meningkat naik sejak ditubuhkan pada tahun 2012 , Barasuara  dan juga  elektro rock, The Otherside Orchestra juga akan beraksi.

Pada hari kedua, muzik rock akan mengambil alih pentas dengan menampilkan gergasi heavy metal dari Asia yang telah mendominasi Eropah itu kumpulan Loudness daripada Jepun .

Ini adalah kedatangan kali kedua mereka ke Malaysia dan  seharusnya sesuatu yang wajib buat peminat muzik heavy metal untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan mereka.

Kumpulan rock tanahair Wings bersama kumpulan May juga akan bersama-sama menggegarkan suasana pada hari tersebut dengan irama rock tradisi mereka .

Selain itu, kumpulan progresif metal yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Metalasia bersama penampilan istimewa iaitu gitaris hebat iaitu Loudness  .

Kumpulan metalcore tempatan, Cassandra tidak juga ketinggalan selain kemunculan kumpulan FiftyOne50 yang banyak beraksi di gig sekitar Kuala Lumpur dengan membawa cover lagu-lagu rock klasik.

Tiket-tiket yang bermula daripada RM98 hingga RM836 boleh didapati secara online di www.airasiaredtix.com.

Sementara itu, sempena Malaysia Autoshow 2017 itu, para pengunjung juga boleh menikmati pameran kereta dan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut. – MalaysiaGazette