Kongsi
Zamihan Mat Zin

KUALA LUMPUR – Penceramah, Dr Zamihan Mat Zin direman dua hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan susulan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lalu.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu direman.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan ada laporan polis mengenai ceramahnya dan beliau akan disiasat dibawah Akta Hasutan.

Zamihan ditahan petang semalam di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Beliau didakwa mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi di Muar menghentikan perniagaan yang dikhususkan untuk orang Islam sahaja bulan lepas.

Video ucapan kuliah agama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam tular dalam media sosial.  – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

JAKIM rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib

Zamihan kena tahan isu hina Sultan Johor

Hina Sultan Johor, polis siasat Zamihan bawah Akta Hasutan

Berang dituduh hina Sultan Johor, Zamihan nak saman media

1 Komen

Tinggalkan Jawapan