Home Nasional Isteri TMJ selamat lahirkan waris takhta kerajaan Johor

Isteri TMJ selamat lahirkan waris takhta kerajaan Johor

KUALA LUMPUR – Isteri, Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan seorang putera di Hospital Sultanah Amainah pagi ini.

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor. Datuk Abdul Rahim Ramli.

“Jumaah Majlis Diraja sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta Kerajaan Johor pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Berita itu turut dikongsikan dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Che Puan Khaleeda dan puteranya berada dalam keadaan sihat.

Kelahiran putera itu merupakan anakanda kedua bagi pasangan diraja itu selepas memiliki seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail pada 25 Jun tahun lalu. – MalaysiaGazette