LONDON – Crystal Palace mencipta kejutan apabila menewaskan penyandang Liga Perdana Inggeris 2 -1 biarpun sebelum ini kalah tujuh perlawanan berturut-turut.

Malah lebih menakjubkan, dua gol itu merupakan gol pertama kelab di bawah pimpinan Roy Hodgson pada musim ini.

Crystal Palace memperoleh satu gol menerusi aksi pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta ke gawang sendiri pada minit ke-11.

Satu lagi gol diraih menerusi aksi mengejut daripada Wilfried Zaha pada minit ke-45.

Gol tunggal Chelsea diraih pemain Tiemoue Bakayoko pada minit ke-18.

The Blues mengalami kekalahan ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini di bawah Antonio Conte.

Chelsea kini berada sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City selepas lapan perlawanan.

“Perlawanan hari ini adalah sukar bagi kami. Permulaan kami begitu buruk,” kata Conte. – MalaysiaGazette