Persatuan Jurugambar Media Malaysia (MPPA) menjuarai Kejohanan Persahabatan PULSE Group vs Media di Taman Ekuestrian Putrajaya, kelmarin.

PUTRAJAYA –  Persatuan Jurugambar Media Malaysia (MPPA) menjuarai Kejohanan Persahabatan PULSE Group vs Media yang berlangsung di Taman Ekuestrian Putrajaya, kelmarin.

Kejohanan 9 Sebelah itu diadakan sempena  Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2017.

Selain MPPA, kejohanan setengah hari itu turut disertai Kelab Media Putrajaya, RTM dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam perlawanan tersebut, MPPA tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran RTM 4 -0, PICC 2 -0 sebelum terikat 1 -1 dengan Kelab Media Putrajaya.

Azimin Ibrahim menyampaikan sijil penghargaan kepada Kapten MPPA, Noor Asrekuzairey Salim.

Sementara itu, sijil penghargaan kejohanan telah disampaikan kepada wakil pasukan oleh Ketua Taman Ekuestrian Putrajaya, Azimin Ibrahim selepas perlawanan berakhir.

PULSE Group atau Putrajaya Leisures & Services Group Sdn. Bhd. merupakan pengendali Taman Equestrian Putrajaya.

Selain kemudahan padang bola dan menawarkan pelbagai aktiviti berkuda, taman ekuestrian bertaraf antarabangsa itu kini menjadi satu lagi sisi menarik Putrajaya yang semakin mendapat perhatian.

Apatah lagi taman ekuestrian itu menjadi arena acara ekuestrian bagi kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu yang menyaksikan Malaysia merangkul pingat emas. – MalaysiaGazette