Home Nasional Najib kutuk serangan di Mogadishu

Najib kutuk serangan di Mogadishu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk pengeboman yang berlaku di Mogadishu, Somalia yang membunuh sekurang-kurangnya 230 orang mangsa Sabtu lalu.

“Kesal dengan pembunuhan mereka yang tidak bersala di Somalia,” kata Perdana Menteri melalui Twitter sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Najib juga meminta dunia agar tidak mengalah dengan keganasan.

Dua kes pengeboman berlaku di Mogadishu apabila sebuah kenderaan yang dimuatkan dengan bahan letupan, meletup di jalan raya yang sesak berhampiran hotel.

Hotel Safari runtuh akibat letupan tersebut.

Letupan kali kedua pula berlaku di Medina yang menyaksikan 72 orang cedera termasuk 25 lagi dalam keadaan kritikal.

Insiden itu merupakan serangan paling dahsyat di Somalia sejak pemberontakan kumpulan al-Shabab pada tahun 2007.

Setakat ini tidak ada kumpulan yang mengakuĀ  bertanggungjawab. – MalaysiaGazette