Home Dunia Marawi diisytihar bebas pengganas

Marawi diisytihar bebas pengganas

Tentera kerajaan Filipina berdiri di hadapan kediaman di kawasan Sultan Omar Dianalan. dekat daerah Mapandi di Marawi. foto REUTERS

MANILA – Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan Marawi City bebas daripada pengganas militan selepas bandar itu dikepung selama 148 hari.

Duterte melawat Marawi sehari selepas dua pemimpin utama militan ditembak mati.

Media CNN dan ABS-CBN berkata, Duterte membuat kenyataan itu kepada tentera di bandar tersebut.

Kenyataan Duterte juga disampaikan melalui mesej teks kepada wartawan oleh Setiausaha Komunikasi Presiden, Martin Andanar. – MalaysiaGazette