Peter Bellew.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd. hanya mengetahui mengenai tindakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew menyertai semula syarikat lamanya apabila Ryanair membuat pengumuman di Bursa Saham London.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, MAS berkata, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi dan akan membuat pengumuman rasmi selepas itu.

“Operasi dan perkhidmatan kami kepada pelanggan diteruskan seperti biasa.
“Begitu juga dengan pelan transformasi yang sedang dilaksanakan ketika ini akan diteruskan seperti biasa.

“Dalam sidang media pada 27 September lalu, Bellew menyatakan kegembiraannya berkhidmat dengan MAS yang disifatkan sebagai percapaian terbaik dalam hidupnya.

“Beliau juga menafikan akan menyertai semula Ryanair apabila ditanya oleh pemberita,” kata syarikat penerbangan nasional itu dalam maklum balas terhadap laporan berita yang disiarkan hari ini yang mengatakan lelaki Ireland itu bakal kembali ke tanahairnya bagi memulihkan semua syarikat penerbangan tambang rendah syarikat itu.-MalaysiaGazette

Comments are closed.