Home Utama Benjy dijatuhi 11 tahun penjara

Benjy dijatuhi 11 tahun penjara

Benjy ketika ditahan kerana menyeludup dadah ke Indonesia April lalu.

MEDAN – Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim dijatuhi hukuman 11 tahun penjara kerana cuba menyeludupkan dadah jenis methamphetamine yang tersembunyi di rektumnya semasa memasuki Pulau Sumatra pada April lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Benjy ditangkap dengan 4.5 gram dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu.

Selain penjara, Benjy, 38, turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$74,000 oleh Mahkamah Daerah Medan.

Tempoh penjara yang dikenakan terhadap tertuduh lebih pendek berbanding 14 tahun yang disyorkan oleh pendakwa raya dan dia terlepas daripada hukuman mati.

Indonesia mempunyai beberapa undang-undang anti-narkotika yang paling berat di dunia dan mana-mana pihak yang ditangkap kerana menyeludup lebih daripada lima gram boleh dikenakan hukuman mati. – MalaysiaGazette

Comments are closed.