Home Dunia Bot terbalik enam nelayan hilang

Bot terbalik enam nelayan hilang

Bot nelayan yang terbalik menyebabkan enam mangsa hilang. foto Agensi

QUEENSLAND – Enam nelayan hilang selepas bot yang dinaiki terbalik dan tenggelam di pantai timur Australia.

Seorang daripada tujuh mangsa yang terlibat berjaya diselamatkan selepas bertahan selama kira-kira 12 jam di perairan berhampiran bandar Seventeen Seventy, dekat Queensland.

Pihak berkuasa berkata, lelaki yang terselamat itu telah memeluk badan kapal sebelum terapung di atas permukaan air sehingga dia dilihat oleh sebuah kapal layar.

Pasukan carian telah menemui serpihan tetapi masih gagal mengesan mangsa-mangsa yang masih hilang.

Bot komersial sepanjang 17 meter, ditemui pada pukul 19.30 pada waktu tempatan (09:30 GMT) selepas lima jam terbalik.

Ruben McDornan yang menyelamat mangsa itu didakwa mendengar jeritan seorang lelaki yang cuba keluar dari kapal tersebut.

Polis berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang penghantaran kecemasan atau suar dari bot itu.

Cuaca hujan menghalang pencarian pada hari Selasa dan usaha mencari diteruskan pada hari ini. – MalaysiaGazette