NEW YORK – Harga minyak sedikit tinggi apabila Brent menyentuh paras tertinggi tiga minggu dan kemudian berundur selepas kejatuhan yang mengejutkan dalam kapasiti penapisan minyak Amerika Syarikat.

Selain itu kenaikan tersebut turut dipacu oleh pembentukan stok bahan api yang tidak dijangka menandakan permintaan lebih perlahan dalam penggunaan minyak utama dunia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak AS$0.27 kepada AS$58.15 setong berbanding paras tertinggi tiga minggu lalu iaitu AS$58.54 setong berikutan kebimbangan ketegangan berterusan di Iraq dan Iran yang kaya dengan minyak.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) pula berakhir dengan kenaikan sebanyak AS$0.16 kepada AS$52.04 setong.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat susut 5.7 juta tong minggu lalu, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga, melepasi jangkaan penganalisis.

Aktiviti penapisan minyak menurun berikutan musim luruh yang semakin hampir dan kadar penyulingan turun 4.7 mata peratusan kepada 84.5 peratus daripada jumlah kapasiti

Inventori petrol dan diesel meningkat, meningkatkan semula kebimbangan mengenai stok bertingkat semasa permintaan perlahan. – MalaysiaGazette