Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR- Jangan pandang rendah kemampuan anak tempatan dalam menerajui Malaysia Airlines.

Kemampuan warga Malaysia dalam menerajui pelbagai sektor telah terbukti.

“Kita jangan pandang rendah untuk bersaing. Tengok Tony Fernandez (Ketua Pegawai Ekskutif AirAsia) dari Malaysia, dia berjaya harumkan nama Malaysia,” ujar Presiden pertuuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali sebagai mengulas perlantikan Kapten Izham sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines.

Beliau juga amat gembira dengan perlantikkan itu yang menggantikan Peter Bellew.

“Orang terkejut Bellew berhenti tapi elok juga dia berhenti. Ada orang Melayu ganti dan dia kapten yang berpengalaman,” jelas Ibrahim.

Beliau berharap agar tiada lagi cerita-cerita sedih Malaysia Airlines selepas ini dan berharap agar syarikat penerbangan itu dapat menunjukkan kemajuan pada masa depan. – MalaysiaGazette