Farmasi Tiga Ekspress merangsang perkhidmatan farmasi yang menawarkan nasihat kesihatan dan pencegahan profesional

Kuala Lumpur- Berjaya Pharmacy Retail Sdn. Bhd. menerusi perniagaan Tiga Alliancenya, membuka farmasi utama terbaharu, Farmasi Tigas Ekspres di Plaza Berjaya, Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, farmasi tersebut bermatlamat untuk merangsang perkhidmatan farmasi yang boleh dipercayai di samping menyediakan khidmat nasihat kesihatan.

Tiga Alliances menyediakan perkhidmatan rundingan oleh ahli-ahli farmasi profesional dan berlesen.

Mereka juga berkelayakan untuk menawarkan penyelesaian kesihatan dan pencegahan di outlet berkenaan.

“Di Tigas, misi kami adalah untuk mempromosikan rundingan kesihatan dan pencegahan terbaik.

“Mereka ibarat bintang rock di pentas farmasi kami,” kata Ahli Farmasi dan Pengurus Kanan yang bertugas dalam Amalan Profesional dan Integriti Sistem di Tigas Alliance, Jennifer Tan.

Farmasi tersebut turut memastikan ahli-ahli profesional mereka mempunyai pengetahuan luas dan terkini mengenai garis panduan terkini industri dengan memiliki Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) secara kerap.

Para pesakit boleh datang ke farmasi-farmasi Tiga Alliance tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu. – MalaysiaGazette