Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi ketika menjawab soalan di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 OKTOBER 2017.

KUALA LUMPUR – Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan laporan beberapa media sosial mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Interpol menjejak Jho Low.

Menurut, beberapa media sosial telah memanipulasi jawapan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kata satu kenyataan petang tadi.

“Jawapan YAB Timbalan Perdana Menteri ketika di sidang Parlimen pagi ini ke atas soalan tambahan YAB Ahli Parlimen Gombak jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan.

“Hubungan yang baik telah terjalin antara PDRM dan Interpol dalam menyiasat kes ini,” kata kenyataan yang sama.

Sehingga hari ini, PDRM telah menutup fail kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes tersebut.

Bagaimanapun, media berkenaan seolah menimbulkan isu pencarian semula terhadap Jho Low. Itu sama sekali tidak benar, kata kenyataan itu.- MalaysiaGazette

Kes Jho Low sudah tidak relevan – Zahid