Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berikrar Bajet 2018 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini adalah adil untuk semua, yang mana tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, menerusi Bajet 2018, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif baharu dan beberapa pengumuman penting untuk dimanfaatkan kepada semua rakyat Malaysia.

“Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, berdaya saing di dalam dan di luar negara.

“Untuk mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua,” katanya Najib menerusi blog beliau. – MalaysiaGazette