KUALA LUMPUR- Sebanyak 30 lagu akan berentap di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik bagi melayakkan diri untuk bersaing di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Pengarah Penjenamaan, Kandungan dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin mengumumkan peringkat separuh akhir akan berlangsung selama tiga minggu iaitu pada 29 Oktober, 5 November dan 12 November nanti secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.”Ada 30 buah lagu yang layak adalah hasil undian peminar di carta MM32 dan juga secara wild card menerusi Showcase MM32.

“Showcase Muzik-Muzik diperkenalkan pada Mac sehingga September lalu dan ia memberi peluang kepada lima lagu untuk mara ke separuh akhir,” ujarnya.

Muzik-Muzik 32 dihoskan Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad akan bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 10 malam.

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

  1. Mata – Ayda Jebat

  2. Amboi – Altimet

  3. Akhirnya Cinta – Salma

  4. Sejati – Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)

  5. Segalanya – Haqiem Rusli

  6. Aku Yang Sebenarnya – Hazama dan Penglipurlara

  7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu – Tajul dan Wany Hasrita

  8. Aisyah – Projector Band

  9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi

  10. Bayang – Khai Bahar

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

  1. Rempuh – Tomok dan Black

  2. Jangan Menangis – Aizat Amdan

  3. Warkah Untuk Mu – Ara Johari

  4. Zalikha – Floor 88

  5. Jangan Pernah Berdusta – Drama Band dan Haiza

  6. Aku Sanggup – Sufi Rashid

  7. Terus Mencintai – Siti Nordiana

  8. Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah

  9. Permata Cinta – Aiman Tino

  10. Harus Aku – Sufian Suhaimi

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)

  1. Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri.

  2. Menahan Rindu – Wany Hasrita.

  3. Menanti Janji – Ronnie Hussin.

  4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.

  5. Sedalam – Dalam Rindu – Tajul.

  6. Sabar – Ismail Izzani.

  7. Lebih Sempurna – Syamel.

  8. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli.

  9. Berakhirlah Sudah – Atmosfera.

  10. Jampi – Hael Husaini. -Malaysia Gazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan