Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas bersama Pengerusi Gabungan NGO 1 Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos di restoran makanan percuma di Jalan Pahang hari ini.

KUALA LUMPUR- Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas akan berjumpa dengan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam masa yang terdekat bagi menyelesaikan kemelut kerusi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Cameron Highlands.

“Keputusan saya ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang baik sekaligus mengelakkan pertelingkahan di antara komponen parti.

“Saya juga bimbang jika keadaan ini berterusan di dalam media sosial, ia akan menimbulkan ketegangan antara pihak MyPPP dan MIC sekaligus akan menjejaskan nama baik parti BN seluruhnya,” ujarnya dalam kenyataan media.

Sebelum itu, Kayveas mengunjungi Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia milik Datuk Seri Jamal Md. Yunos di Jalan Pahang.

Kayveas memberitahu, pihaknya memahami kerisauan Subramaniam jika berlaku pengurangan kerusi bagi parti MIC namun beliau yakin melalui perbincangan bersama akan membawa penyelesaian terbaik untuk MyPPP dan MIC.

Dalam masa sama, beliau yakin Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan yang terbaik dengan meletakkan calon yang paling sesuai di kerusi tersebut. -MalaysiaGazette

‘Suhu’ Cameron Highlands tak sesejuk dulu

Kongsi

Tinggalkan Jawapan