Home Nasional Rashidi dilantik KSU Pelancongan dan Kebudayaan

Rashidi dilantik KSU Pelancongan dan Kebudayaan

KUALA LUMPUR – Datuk Rashidi Hasbullah (gambar) dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang baharu berkuatkuasa esok.

Beliau menggantikan Datuk Ab Ghaffar A Tambi, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Rashidi telah berkhidmat selama lebih 26 tahun dalam perkhidmatan awam pernah memegang beberapa jawatan penting di Kementerian Pelancongan.

Antaranya Pengurus Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC); Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan). – MalaysiaGazette