Home Ekonomi Ringgit akan kukuh semula – PM

Ringgit akan kukuh semula – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menjangkakan ringgit akan kembali kukuh pada kadar yang sesuai seperti yang diramalkan oleh semua pakar ekonomi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun ada tanggapan bahawa mata wang tempatan itu lemah, prestasi ringgit sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain.

“Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek positif daripadanya apabila eksport dan pelancongan kita meningkat tinggi,”katanya dalam ucapan Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia menerusi blog beliau.

Perdana Menteri berkata, ringgit telah meningkat 30 peratus daripada RM3.73 untuk AS$1 apabila pertama kali menjadi Perdana Menteri,kepada paras bawah RM3.00 pada 2011-2013.

Bagaimanapun, apabila Amerika Syarikat mula pulih daripada kemelesetan, mereka mula menaikkan kadar faedah sekali lagi, selain kejatuhan harga komoditi yang drastik menyebabkan ringgit menurun ke nilai semasa.

“Adalah aneh pembangkang mendakwa bahawa ringgit yang lemah ini merupakan tanda bahawa Malaysia akan bankrap – walhal ketika PRU13, pembangkang juga mendakwa Malaysia akan muflis meskipun ringgit telah meningkat 30 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat,” ujarnya. – MalaysiaGazette