KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Tabung Haji sedang menunggu kenyataan rasmi dari kerajaan Arab Saudi ekoran keputusan mahkamah di sana mengenai status ganti rugi mangsa kren tumbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebarang kenyataan rasmi yang diterima akan dimaklumkan kepada waris-waris jemaah haji terlibat di Malaysia.

“Lembaga Tabung Haji telah dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah melalui media Saudi Gazette bahawa Mahkamah Agung Arab Saudi telah memutuskan insiden kren runtuh di Masjidil Haram pada tahun 2015 bukan disebabkan kecuaian manusia.

“Oleh yang demikian syarikat pembinaan yang terlibat tidak perlu membayar sebarang bayaran diyyah (gantirugi) kepada waris atau mangsa insiden,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden tersebut telah menyebabkan seramai tujuh jemaah haji Malaysia meninggal dunia manakala 12 orang mendapat kecederaan, kata Jamil Khir.- MalaysiaGazette

Mahkamah putuskan mangsa kren tumbang tak dapat pampasan