Reaksi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memegang buku teks ucapan Bajet 2018 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan supaya cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari sama seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.

“Sememangnya wanita adalah tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara.

“Maka sebagai menghargai sumbangan mereka, kerajaan mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.

Kerajaan turut mencadangkan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut selepas sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan.

Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018-2020.

Selain itu, penjawat awam wanita yang mengandung lima
bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam.- MalaysiaGazette