Pekerja-pekerja Eco World menunjukkan pelan Rumah Selangorku pada sidang media di Eco Majestic, Semenyih. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2017

SEMENYIH – Ekoran sidang media dan yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal Yunos di pintu masuk Eco World Semenyih hari ini, pihak Eco World mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ia berikutan beberapa dakwaan tidak tepat daripada Jamal yang boleh memberi persepsi tidak baik terhadap pelanggan syarikat hartanah tersebut, yang boleh memberi kesan terhadap reputasi Eco World.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Operasi Eco World, Datuk S. Rajoo, cadangan tersebut bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah Eco World kelak.

“Apa yang dibuat oleh mereka (Jamal) di luar sana, ianya tidak tepat sama sama sekali. Reputasi yang kita bina bertahun lama, kita juga melakukan banyak perkara kebajikan melalui Yayasan Eco World.

“Memang kita rasa akan ada kesan kepada reputasi kita sebagai syarikat pemilikan awam, kita bukan organisasi politik, kita melakukan urus niaga. Kita tidak tahu dan tidak mahu tahu apa tujuan mereka di luar sana, sama ada untuk politik atau apa juga tujuan.

“Bagi keputusan itu (tindakan undnag-undang), kita akan serah kepada Ahli Lembaga Pengarah yang akan tentukan,” katanya dalam sidang media khas di pusat jualan Eco World sejam sejurus sidang media Jamal.

Menurut Rajoo, pihaknya telah mematuhi syarat daripada kerajaan negeri Selangor untuk membina rumah mampu milik melalui skim Rumah SelangorKu yang termasuk dalam projek perumahan Eco World Semenyih.

Bagi memenuhi syarat tersebut, pihaknya telah bersetuju dan telah melaksanakan sebahagian projek rumah mampu milik di kawasan tersebut dengan jumlah unit separuh daripada jumlah keseluruhan unit rumah yang dibina.

Sebanyak 12,862 unit rumah yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor, bakal disiapkan oleh Eco World, manakala 50 peratus daripada jumlah tersebut, bersamaan sebanyak 6,431 unit terdiri daripada unit mampu milik, iaitu berharga dari RM 42,000.00 hingga RM 220,000.00 melalui skim Rumah SelangorKu.

Tambah Rajoo, pihaknya juga turut mengalu-alukan sesiapa sahaja atau amna-mana pihak termasuk Jamal untuk ‘menyiasat’ Exo World bagi mendapatkan maklumat yang mereka perlukan berkenaan projek perumahan yang dibuat oleh syarikat tersebut.-MalaysiaGazette

Rumah SelangorKu, Azmin ‘kencing’ rakyat

1 Komen

Comments are closed.