Resebalingam Tangavellu dikehendaki polis dalam kes penipuan. Foto: PDRM

KUALA LUMPUR – Polis sedang mencari seorang individu bernama Resebalingam Tangavellu untuk membantu siasatan kes penipuan.

Resebalingam merupakan suspek berusia 59 tahun dan dikehendaki polis untuk penyiasatan kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mana-mana pohak yang mempunyai maklumat atau mengenali penama berkenaan diminta supaya mengubungi Asisten Superintendan polis, Haryanti Che Mat dengan kadar segera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu itu boleh menghubungi pegawai berkenaan di talian 03-80742222
atau 017-9839217 serta menerusi e-mel kepada [email protected].

Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat mengenai individu yang dicari polis kepada Inspektor Meor Muhamad Meor Shamsudin dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menerusi talian 03-80742298 atau 019-
4665600 serta ke e-mel [email protected]. selain boleh melaporkan mana-mana balai polis berhampiran anda. – MalaysiaGazette