Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sime Darby Bhd., syarikat peladangan kelapa sawit terbesar dunia, menjangkakan harga minyak sawit mentah akan berlegar sekitar RM2,600 hingga RM2,700 setan sehingga hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Sime Darby Plantations Sdn. Bhd, Franki Anthony Dass berkata, pengeluar buah sawit tandan segar bagi tahun kewangan 2018 dijangka meningkat sebanyak enam hingga tujuh peratus berbanding tahun lalu.

Pendapat tersebut turut disokong oleh Penganalisis Kanan RaboResearch Food & Agribusiness, Oscar Tjakra, yang meramalkan harga minyak sawit mentah adalah RM2,600 pada suku keempat 2017 sebelum jatuh RM2,500 pada suku pertama tahun depan.

Pengeluaran global bagi minyak boleh dimakan akan mengatasi penggunaan pada 2017/2018.

Tambahnya, tiada kesan ketara kepada pengeluaran minyak sawit akibat La Nina buat masa ini.

Fenomena alam itu dijangka lebih singkat serta mempunyai intensiti lebih rendah atau sederhana.- MalaysiaGazette