Velocity Motor Show 2017 telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Nazifuddin Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Velocity Motor Show 2017 antara acara kereta terbesar di Malaysia telah melabuhkan tirai jelajah mereka di Tapak Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini

Karnival pameran kenderaan bermotor ini sampai ke kemuncaknya setelah menjelajah beberapa negeri dengan pameran bergerak di seluruh negara antaranya di Pahang, Johor, Lembah Klang (IM4U SentralPuchong) dan Pulau Pinang.
Menghimpunkan sejumlah 1,300 pempamer kereta di seluruh Malaysia, karnival itu turut menarik minat sejumlah
45 pempamer luar negara antaranya tetamu khas Thailand,
Kevmannz Bodykit (Bangkok), KJModify (Hatyai) serta beberapa pempamer Vietnam dan Singapura.
Velocity Motor Show 2017 telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Nazifuddin Datuk Seri Najib Razak.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau melahirkan rasa bangga kerana menjadi tetamu pada majlis itu dan mengucapkan jutaan tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkannya buat kali kedua.
Dalam pada itu, penganjur Velocity Motor Show 2017, Jason Tan berkata, pihaknya akan berusaha untuk meneruskan karnival permotoran itu pada masa depan bagi memastikan kesinambungan penganjurannya berkekalan.
“Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyokong penganjuran acara ini, tidak kira dari dalam dan luar negara.
“Saya amat berterima kasih kepada para peserta dari negara Thailand, Vietnam dan Singapura kerana sanggup membawa jentera mereka ke Velocity Motor Show 2017 walaupun mengambil masa dua hari perjalanan untuk sampai ke Kuala Lumpur,” katanya.
Untuk edisi kedua, penganjuran Velocity Motor Show 2017 yang berlangsung selama dua hari berjaya menarik lebih 9,600 pengunjung.
Pada masa sama, persembahan pentas yang mengabungkan ramai artis tempatan baru dan lama antaranya barisan artis Rockanova, Mad August, Alienoids, No Name dan Blast Jam (featuring Man Keedal) dan karnival sukan ekstreme seperti bike freestyle dan skate turut merancakkan suasana karnival.
Selain itu, aktiviti jualan juga diteruskan sepanjang hari pameran untuk pengunjung mendapatkan pelbagai aksesori kenderan.
Turut diadakan pertandingan dan aktiviti untuk pempamer dan kelab permotoran yang terlibat antaranya untuk kategori Autoshowoff, Soundoff, Stance, Mega Meet, Bass Up dan juga aktiviti pandu uji kereta dan Miniature Drift. – MalaysiaGazette