Marc Wilmots.

YAMOUSSOUKRO – Ketua jurulatih Ivory Coast, Marc Wilmots mengambil sikap bertanggungjawab apabila meletak jawatan  selepas gagal membawa pasukan itu layak ke final Piala Dunia 2018.

Jodoh pengurus kelahiran Belgium jelas singkat kerana baharumemegang jawatan itu sejak enam bulan lalu.

Sabtu lalu, Ivory tewas 2-0 kepada Maghribi sekaligus gagal merebut kedudukan kedua terbaik kumpulan dan tersingkir bagi saingan di Rusia tahun hadapan.

“Kami telah bermesyuarat pada 13 November lalu dan membuat keputusan bersama.

“Sepanjang enam bulan bekerjasama, kami menjalinkan hubungan yang baik,” ujar satu kenyataan badan induk persatuan bola sepak negara tersebut.

Ivory Coast kini mencari jurulatih keempat bagi mengisi kekosongan selepas Herve Renard yang berjaya membawa Morocco ke Rusia dan Dussuyer sebelum Wilmots. – MalaysiaGazette