Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur.

Najib ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Menerusi laman sosial Facebooknya, perdana menteri memuatnaik gambar beliau dan isteri bersama Anwar dan Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga Ketua Pembangkang.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

“Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Anwar dilaporkan dimasukkan ke HKL bagi menjalani pembedahan bahu berikutan kecederaan yang dialaminya semasa kemalangan pada September lalu. – MalaysiaGazette