Home Dunia Tahanan elit Arab Saudi bertukar aset, tunai untuk bebas

Tahanan elit Arab Saudi bertukar aset, tunai untuk bebas

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi dipercayai membuat perjanjian dengan beberapa individu yang ditahan dalam tindakan anti-rasuah, meminta mereka menyerahkan aset dan wang tunai sebagai pertukaran untuk bebas.

Urus niaga ini melibatkan pemisahan tunai dari aset seperti harta dan saham dan melihat akaun bank untuk penilaian tunai, menurut sumber kepada Reuters.

Beberapa puluh kerabat diraja, pegawai kanan dan ahli perniagaan, termasuk menteri kabinet dan jutawan, telah ditahan dalam siasatan rasuah.

Ia membabitkan individu paling kaya Arab Saudi iaitu Putera Alwaleed bin Talal.

Penahanan itu dilihat untuk memperkukuhkan kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Seorang ahli perniagaan mempunyai puluhan juta riyal Saudi ditarik balik dari akaunnya selepas dia menandatangani perjanjian itu.

Dalam kes lain, seorang bekas pegawai kanan bersetuju untuk menyerahkan pemilikan empat bilion riyal dalam saham, kata sumber itu.

Kerajaan Arab Saudi awal minggu ini telah mengeluarkan arahan untuk “mengambil alih aset yang tidak dibebankan” atau rampasan aset, kata sumber lain.

Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan dari kerajaan Arab Saudi mengenai tawaran tersebut.

Dalam siasatan anti-rasuah, pihak berkuasa negara itu menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion telah dicuri melalui rasuah, kata seorang pegawai minggu lalu apabila siasatan itu diperluaskan ke Emiriyah Arab Bersatu.

Mereka yang ditahan termasuk pengusaha berprofil tinggi lain seperti Mohammad al-Amoudi, yang kekayaannya dianggarkan oleh Forbes sebanyak AS$10.4 bilion, dengan syarikat pembinaan, pertanian dan tenaga di Sweden, Arab Saudi dan Ethiopia.

Juga taikun penjagaan kesihatan dan kewangan, Saleh Kamel, yang kekayaannya diunjur AS$ 2.3 bilion. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.