Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Marcos Rojo dinamakan dalam skuad untuk perlawanan menentang Newscastle pagi esok.

MANCHESTER – Sah! Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba dan Marcos Rojo telah cergas untuk beraksi menentang Newcastle.

Bercakap secara eksklusif ke MUTV di Kompleks Latihan Aon pada semalam, Jose Mourinho memberitahu kesemua pemain sedia ada pulih dari kecederaan termasuk yang mengalami serius sebelum ini.

Ditanya secara khusus pemain-pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang yang kembali menentang Magpies di Old Trafford, pengurus mengesahkan Pogba, Ibrahimovic dan Marcos Rojo kemunculan semula.

“Ketiga-tiga mereka akan dinamakan dalam skuad untuk perlawanan akhir hujung minggu.

“Zlatan seorang pemain yang sangat penting buat kami dan tentu saja, kami mengalu-alukan dia kembali. Da mempunyai keperibadian yang luar biasa untuk melawan kecederaan seperti itu.

“Terdapat kualiti dalam bola sepak kami, ada ciri-ciri yang mempengaruhi pendekatan kami dalam perlawanan dengan adanya pemain seperti Pogba selain Rojo,” katanya. – MalaysiaGazette