Cristiano Ronaldo.

MADRID – Akibat sudah tidak dapat menahan sabar, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo didakwa meluahkan perasaannya terhadap rakan pasukannya di bilik persalinan selepas terikat 0-0 dengan Atletico Madrid, awal pagi tadi.

Ronaldo dikatakan mengamuk selepas dia tidak mampu lagi menyimpan amarahnya yang seolah-olah lama terpendam sebaik perlawanan tamat.

Menurut portal Sepanyol, Don Balon, Ronaldo menegur komitmen rakan pasukan dan memberitahu Real tidak akan menjulang sebarang trofi jika kekal menampilkan aksi yang sama.

Real kini berdepan laluan getir untuk memenangi trofi La Liga musim ini selepas mempamerkan aksi hambar ketika berdepan Atletico.

Ronaldo turut gagal menambah koleksi jaringannya untuk musim ini.

Dengan keputusan seri itu, Real jauh ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona. – MalaysiaGazette