Home Ekonomi TNB CareLine menang anugerah

TNB CareLine menang anugerah

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR – TNB CareLine, pusat khidmat pelanggan TNB meraih Anugerah Kecemerlangan Penyumberan Luar Malaysia 2017 bagi kategori ‘Pusat Hubung Cemerlang Dalam Operasi Terbaik’, anjuran bersama Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kejayaan itu menjadi lebih manis apabila Pengurus Besar (Channels) Perkhidmatan Pengguna TNB, Ir. S. Parameswaran turut menerima anugerah ‘Pemimpin Transformasi Terbaik’ atas komitmen dan kecekapannya menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan TNB CareLine.

Ia mengiktiraf prestasi bagi keseluruhan peringkat operasi TNB CareLine dalam memberikan perkhidmatan dengan merangkumi keupayaan penyampaian perkhidmatan, penyelesaian, manusia dan kecekapan teknologi, memproses kecemerlangan dan penambahbaikan, nilai pelanggan serta pencapaian hasil.

Parameswaran pula dipilih berdasarkan pelaksanaan inisiatif digital yang giat digunapakai ke arah mengangkat taraf pusat panggilan ini menjadi Pusat Panggilan Bertaraf Dunia.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Tan Sri Mohd Sidek Hassan. – MalaysiaGazette