Majlis pelancaran cawangan terbaharu Idealyst Mediaspa di Putrajaya berlangsung baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Selepas empat tahun mengemudi bidang estetik di negara ini, ternyata jenama Idealyst Mediaspa kini menjadi antara yang cukup dekat dengan pengguna.

Menawarkan perkhidmatan medispa kecantikan, sudah menjadi azam jenama ini untuk memastikan pengguna mendapatkan perhatian terbaik dalam menguruskan masalah berkaitan kulit wajah mereka.

Bagaimanapun bukan mudah untuk memastikan jenama Idealyst Mediaspa menjadi pilihan utama selain menjadi  peneraju dalam bidang estetik ini.

Antara resepi utama kejayaan Idealyst Mediaspa adalah kemampuan dalam memenuhi capaian terkini bukan sahaja dari segi penggunaan teknologi moden tetapi juga kelebihan untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna jenama ini.

Menurut pengasasnya, Dr. Aidil Azry Dato Mokhtar pihaknya juga secara aktif akan menyertai persidangan perubatan estetik dalam memastikan ilmu terkini bidang ini dapat dikuasai mereka dengan baik sekali gus memberikan mutu perkhidmatan terbaik buat pengguna mereka.

“Selama empat tahun, saya akui bukan mudah untuk memastikan IDEALYST MEDISPA mengekalkan kedudukan teratas sebagai peneraju pasaran estetik.

“Antara keperluan utama kami dalam memastikan pengguna terus meletakkan kepercayaan mereka ke atas kami adalah dengan sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku dalam bidang ini termasuk penggunaan teknologi terkini, pertambahan ilmu dari masa ke masa dan perkongsian dengan rakan-rakan persejuangan yang lain,” katanya pada majlis pelancaran cawangan terbaharu Idealyst Mediaspa di sini, baru-baru ini.

Turut hadir pelakon, Idris Khan.

Sementara itu, selepas Damansara Perdana, Wangsa Maju, Bangi, Hartamas dan Johor Bahru, Idealyst Mediaspa kini menawarkan perkhidmatan terbaik buat pengguna di Putrajaya dan kawasan sekitar.

Merupakan cawangan keenam, sehingga kini Idealyst Mediaspa memiliki seramai 40 pekerja yang memberikan perkhidmatan terbaik di setiap cawangan. – MalaysiaGazette

Comments are closed.