Home Ekonomi Keuntungan sebelum cukai Pos Malaysia naik 22%

Keuntungan sebelum cukai Pos Malaysia naik 22%

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.2 bilion bagi separuh pertama pada tahun kewangan 2017, peningkatan sebanyak 48 peratus berbanding RM811 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ini merupakan hasil daripada kemasukan segmen perniagaan logistik yang baharu diperoleh serta pencapaian yang memberangsangkan daripada segmen perniagaan kurier.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat sebanyak 22 peratus kepada RM66.7 juta berbanding RM54.7 juta bagi tempoh ang sama pada tahun lalu.

Berbanding dengan suku yang sama pada tahun lalu, keuntungan sebekum cukai hampir berganda kepada RM23.3 juta daripada RM12.7 juta dipacu oleh peningkatan pendapatan.

“Segmen perniagaan e-Dagang terutama khidmat penyelesaian peringkat akhir merupakan nadi penggerak kepada pendapatan serta perkembangan keuntungan Pos Malaysia.

“Ia disokong oleh peningkatan dalam penghantaran barangan menerusi khidmat kurier, hasil daripada perkembangan segmen e-Dagang di Malaysia dan dunia.

“Pos Malaysia berada di landasan yang betul, dalterutama am penawaran khimat e-Dagang, sejajar dengan aspirasi untuk menjadi pemudah cara bagi pemain-pemain industri e-Dagang di Malaysia,” kata Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia.

Pos Malaysia optimistik dengan usaha kerajaan mengembangkan industri e-Dagang melalui penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) akan menjadi pemangkin kepada ekosistem industri itu di Malaysia. – MalaysiaGazette